nak tak kita tolong seseorang pada hari ini, dan kita tahu satu hari nanti..mungkin dia akan menyakiti kita kembali, dan mungkin juga atas sebab pertolongan kita tu, dia berupaya membuat kita lebih sakit hati pada keesokan hari.
mahu tak kita bermesej dengan sape-sape yang kita dah tahu...kalau kita mesej dia je..kompem ada je benda yang dia buat kita rasa menyampah, rasa benci giler kat dia rasa cam nak gigit-gigit je dia.
nak tak kita tegur seseorang yang selalunya kita dah tahu yang dia memang tak akan balas kalau sape-sape pun tegur dia, kalau tegur pun nanti dia akan tengok kita dengan muka heartless, pastu teruskan perjalanan macam biasa je..
nak tak kalau kita ambil berat pasal seseorang, tapi akhirnya apa yang kita buat tu tak dihargai, malah dimarahi pulak, dah la takde ucapan terima kasih. tapi dia pulak yang melenting..
semua tu lojik dibuat bila...kita dah jatuh hati pada seseorang tu, kita dah angau takpun dah kene guna-guna dengan dia..semua benda tu kita akan buat..apa pun natijahnya..kita tak peduli..asalkan hati kita puas..
dan kalau kita cuma biasa-biasa saja dengan seseorang tu..kita akan dapat semula pemikiran dan pertimbangan rasional kita..:)
sekian...Assalamualaikum


No comments:
Post a Comment