bila ada seseorang yang kita "terperasan" dia asyik perhatikan kita je, apa kita buat?
kalu "kita" tu adalah pompuan..macam biasalah, malu-malu pastu lari tempat lain, tapi kalau "kita" tu adalah lelaki, apa lagi bajet gentleman la. cari peluang dok dekat jap, tanye kenapa dia dok perhati je kita dari tadi.
sekiranya jawapannya tu baik, takdelah rase cam down sangat, kalau kene kondem tu, tak tahu lah kan. tapi apa yang nk dihighlightkan kat sini ialah....bila pompuan tu yang mula-mula confess cinta dia kat laki tu.
kenapa mesti jadi camtu..kalau nak berhujahkan lelaki makin sikit, pompuan kene wat camtu, tu alasan yang tak lojik. jodoh kita ada je kat sana, cuma kita belum jumpa je lagi. lagi satu, bila kita wat camtu, nampak sangat kita meletakkan nilai cinta kita tu, cam rendah sangat. ok, memang ada yang lain couple bertahun-tahun pastu kahwin, tapi tu bukan kita, kalau ada acuan yang baik, ambil la yang baik. kalau pernah tersilap ambillah pengajaran. kita semua ada peluang nak "repair" diri kita, masih belum terlambat.
tak kisah la kita ni camne pun, lawa giler ke, putih melepak ke, tinggi melampai ke, badan cuting model ke, semua kelebihan tu sementara je, dan bila seseorang lelaki tu dengan mudahnya mendapatnya cinta seseorang tu dengan mudah, siap dengan pakej-pakej lain lagi, secara jujurnya dia akan kurang menghargai wanita tu. dan persepsi dia tentang wanita yang cantik mula berubah, konsep 'hard work pays" dah tak relevan lagi dah masa tu. sometimes we don't need to work on something to get something. thas happens today.
apa yang aku dapat hari ni, walaupun post ni ditulis pada hari ahad, ni sebenarnya pada kul 3 pagi hari ahad ea..mende ni jadi hari sabtu, huhu, ok berbalik semula pada apa yang kita dapat hari ni ialah, tak ada masalah pun hidup single mingle ni, untuk aku, kita kene kuat, walaupun kita dah pernah rasa bestnya sesuatu tu, tapi percayalah yang kita mampu hidup tanpa sesuatu tu untuk satu jangka masa tertentu sampai masa yang sesuai untuk kita berkahwin.
percayalah..
sekian...Assalamualaikum
4 comments:
tu dia... kahwin!
sniff2....
ni bau nasi minyak semalam@masa depan? :D
haha..ni nasi minnyak semalam yang isi-isi dan resipinya akan dikumpul sampai jadi 3 periuk nasi besar nasi minyak pada masa depan..ni aku ngan kumpul dye punya resipi dulu..
tu terhidu bau je kan..haha..:D
kene tggu cukup "resipi" dulu..baru ley "masak" ngan kahwin ni..
all the best bro!;)
ko pun sama..:D
Post a Comment