Pages

Sunday, 27 May 2012

..........fuyo!! ape tu?

kau hadir dikala aku memerlukan tempat untuk berpaut,
dikala aku sedang terawang-awang di langit yang tiada berpenhujungnya,

jika mencintaimu dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan akan kuakhiri dengan sebuah pelaminan,
tak perlu kamu mencari lagi dimana tulang rusukmu, aku disini menjadi tulang rusukmu.

ketika kau mencintainya dan kau hanya mendapat hujan, cintailah aku sebagai pelangimu,

aku tetap menjaga indahnya cinta kita meskipun suatu saat nanti pelangi tak sanggup lagi menjaga indahnya goresan warnanya...

cinta adalah berbagi, kerana ada dua jiwa raga. setiap pasangan hanya memiliki satu hati..


wah3..memang indah betul ayat nak menghangatkan 'suasana cinta ni kan? mana ada kata cinta tak indah, semuanya mesti indah dan belaka. kalau tak, tak kanlah timbul ayat 'makin hari makin sayang' kan?

tapi persoalannya sampai bila orang bercinta ni akan makin bertumbuh sayangnya tu? biasanya kalau bercinta ni, tak disudahi dengan perkahwinan, cinta tu macam pokok. tak kisahlah pokok ape pun, pokok getah ke, sawit ke tak pun pokok balak..lama sikit. kalau cinta orang tu macam pokok sawit, tu memang bahaya la..kejap je, dalam 2-3 bulan dah ada 'hasil'..so. please avoid it!!

cinta tu tak haram, cuma cara kita melaksanakan dan juga membuktikan cinta tu kadangkalanya haram, tak kena cara dan tempatnya..tak kena gaya dan tatasusilanya..bukan cara kita.

satu lagi persoalan,
untuk para-para wanita sekalian,
agak-agak la kan, berapa kali kita kena/ nak dengar ayat-ayat diatas tu diucapkan oleh lelaki-lelaki yang tak tahu lagi ikhlas ke tidak niatnya tu kat kita?kenapa kita nak biarkan diri kita dibuai dek benda yang sama untuk kesekian kalinya..?

lelaki semuanya sama, tapi bukan semuanya serupa..ada yang pernah tersilap langkah, ada yang selalu menyilapkan langkah diorang, kita boleh cam la orang-orang macam ni..belum tentu yang berkopiah tu baik..belum tentu gak yang pakai suar jeans tu jahat..=D




nape rasa macam makin ramai je orang berkapel ni!!(**)
















sekian...Assalamualaikum

No comments: