hati,
apa tu hati?
salah satu organ dalam badan yang asalnya adalah darah beku(ada orang cakap la) yang fungsinya menapis benda-benda beracun dalam badan kita supaya badan kita sihat sentiasa,
tapi dalam hati tu ada satu benda yang kita tak nampak tapi kita dapat rasa, kalau x-ray pun tak nampak, yang pastinya semua orang ada benda ni..ianya adalah PERASAAN..
mana ada manusia yang hidup kat dunia ni mampu menangkis segala rasa yang asalnya dari hati yang mempunyai perasaan ni, dan boleh dikatakan tak lojik bila ada orang kata dia 'heartless'..sejauh mana tahap heartless dia tu. kita ni hanyalah manusia biasa, mesti ada rasa walaupun sikit. benci mana pun kita kat seseorang, tapi percayalah, masih ada sekelumit rasa sayang kat dia, part mana kita sayang dia tu..jawapan yang terlalu subjektif kalau kita nak nyatakan kat sini.
ok la..kalau kita kata kat seseorang tu, : "aku benci kau!!". fine, kita dah luahkan kat dia yang kita benci kat dia, benci giler la gitu. tapi sekali lagi dilontarkan soalan yang sama, sejauh mana kita benci kat dia, banyak mana yang kita benci kat dia, takdelah banyak sangat pun sebenarnya. bila hati kita dah sejuk, dah okey..takde pulak rasa benci tu..kenapa ek??
sebab tu la kita ni dibekalkan dengan akal..biar balance balik apa yang tak seimbang dalam badan kita tu tadi. tapi dengan syarat, kita kene betul-betul kuat, jangan biar hati tu pengaruh kita semula..kalau tak rugi je la usaha akal kita tadi tu.
tapi kita cuma manusia biasa..normal la kalau sekali sekala terbabas dalam perasaan sendiri tu. kita bukanlah sempurna mana pun kalau nak kata tak pernah buat silap gara-gara hati yang tak berapa nak tenang ni..itu benda biasa..
kita boleh improve diri kita dari hari ke hari..dari baik kepada semakin baik..dan kita harus mulakan dengan diri kita dulu..baru boleh memberi kesan kat orang lain..
perkataan IMPROVE pun bermula dengan I kan..huhu..
kepada sesiapa pun..
tabahlah dalam mengharungi hidup..kalau rasa nak rebah atau terjatuh..duduklah sekejap, kumpul kekuatan tu, bangkit semula..kalau tak pun..carilah tempat berpaut..siapa pun dia tempat kita berpaut..biarlah ianya berbaloi dan boleh kita percaya..
jangan biar keadaan dan orang sekeliling 'down'kan kita..masalah pun tak boleh 'down'kan kita taw..:)
cuba praktiskan benda ni..
"jarangkan berkata : "Ya Allah, aku ada masalah", tapi katakan : "hai masalah, aku ada Allah"
untuk yang menulis, nyata ianya memberi kesan..tapi lain orang lain ubatnya..
aku sentiasa doakan yang terbaik untuk korang...
sekian...Assalamualaikumj
2 comments:
sbb amik lesen terbang nih.
tunggang nafsu ikut suka, memang x kemana. perasaan tu, positif ke, negatif ke, semuanya ada kaitan dgn nafsu. elok2la memandu. :D
sekuat mana angin, pokok bergoyang, tapi tetap teguh,kan?
anything happens for reasons.
dalam hal ni..kita sendiri yang memilih sebab untuk sesuatu tu berlaku..dah tahu apa akibat..tapi masih mahu mencuba..pelik dan hairan..tapi sedang berlaku dalam kalangan kita...
Post a Comment