Pages

Friday, 18 May 2012

aku tinggalkan kau...

aku tinggalkan kau dengan satu benda, dengan harapan yang benda tu akan mampu buat kita sentiasa berhubung,
kau pun tinggalkan aku dengan satu benda, tapi aku tak pasti apa yang kau harapkan dengan pemberian tu, adakah ianya ikhlas dari hati??

aku cuba meninggalkan kenangan antara kita, tapi macam takde kesan je pada kau,
tapi pada aku, kenangan kita tak pernah padam, aku sentiasa tersenyum dan rasa kelakar bila teringatkan saat-saat kita tu,

kadang-kadang, aku rasa hairan, semua ni tiba-tiba je berlaku, adakah ni karma yang berlaku kat aku?
balasan dunia yang diawalkan atas dosa-dosa aku kat manusia lain?

adakah kerana kau sedang mengejar sesuatu? aku tercicir..ataupun aku dicicirkan..persoalan yang aku tak punya jawapan..

mungkin ianya tak cukup berbaloi, untuk dikendong dalam bakul perjalanan kau, dan aku faham sekiranya kau mengatakannya, tak jadi masalah pun sebenarnya..cuma ianya menjadi tanda tanya..

bila difikirkan kembali...


ianya lojik....












sekian...Assalamualaikum

No comments: