hujan yang turun diiringi angin yang kencang, menderu menyapa telinga seakan-akan membisikkan sesuatu. sangat cepat sehinggakan tidak terfaham dek deria telinga yang bersusah payah menangkap setiap bait kata..
adakah disana ada yang mengirimkan sesuatu buatku? adakah yang disana sedang berkata-kata...bersendirian...seolah-olah aku berada didepannya..lalu kata-kata tu diserap oleh sang angin yang tak sengaja membawa perkhabaran tak bernada itu kemari...
apakah yang ingin dikau katakan, seakannya seperti melakonkan aksi "telefon buruk"..tapi maklumat yang sampai hanyalah bunyian tanpa vokal...secara berterusan berbisik ditelinga..namun hanyalah bunyian semata..tanpa makna yang dapat difahami.
andainya inilah rahmat yang turun bersama hujan..tiap kalinya..aku bersyukur..kerana ada isi hati yang terluah..yang mungkin ingin diucapkan buat diri ni, tapi tak mampu dijadikan dan disusun menjadi satu ayat lengkap..siap beserta subjek dan predikat..
tapi ianya sekadar satu unsur perlambangan saja..perasaan yang melanda saat ujan tu turun..andainya boleh nak je main ujan tu..tapi takut kene petir lak..huhu..
-sekadar meluahkan rasa-
sekian...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment