Pages

Sunday, 25 March 2012

sekiranya sahabatmu...

 Jika sahabatmu melukakan hatimu, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan, dan jika dia memberimu sesuatu...simpanlah kerana ianya kenangan bahawa kita adalah sahabatnya..



setiap saat masa yang kita lalui di dunia ini...
sama ada kita sedar atau tanpa kita sedari...
kawan,sahabat kita datang dan pergi...
sama ada kita jumpa dia untuk satu jangka masa yang panjang ataupun pendek...
dekat atau jauh...


cuma,
bila kita semakin kenal dengan kawan kita,
sedikit sebanyak akan wujud rasa macam cepat terasa dengan dia,
kire macam dah lain gitu,
tapi kenapa jadi camtu?
persoalan yang selalu je muncul dalam benak fikiran..
mungkin sebab kita dah kenal dia..
dan secara tak langsung...
kita mengharapkan kawan kita ni akan "treat" kita lain dari orang lain..
mungkin...belum tentu betul kan..


cuma andainya ada sesuatu yang berlaku..
konflik antara kita dan kawan kita...sahabat kita..
buatlah macam yang kat atas tadi...
kalau kita ada rasa tak puas ati ke..rasa nak marah..
nak gigit-gigit kawan kita tu...
apa yang perlu kita buat?

lukislah apa yang kita rasa tak kena tu kat awan...
tulislah kat dada langit apa yang kita nak luahkan kat kawan kita tu..
kenapa?
sebab kalau kita lukis..tulis kat situ..
kawan kita tu akan nampak..
dia akan tahu..
dia akan sedar..
yang kita "terasa" dengan dia..
mungkin selama nie dia tak perasan..
daripada kita terus menjeruk hati..lama-lama kita sakit hati...
apa salahnya jika kita sendiri yang memulakan langkah tu...
mungkin juga kita takut dia terluka dengan apa yang akan kita katakan...

dan apabila kita dah tulis kat awan..
kita juga berharap agar apa yang dah kita tulis tu..
segera akan hilang dari pandangan kita dan juga dia..
semoga dia akan dapat menerima kita kembali seperti mula-mula kita kenal dia...


begitu juga apabila sahabat kita memberikan kita sesuatu...
bukan kita meminta-minta..
cuma kalau itu salah satu cara untuk kita nak abadikan kenangan kita dengan dia...
yang kita dulu pernah bersahabat dan semoga ianya berkekalan...
friend forever kan??

bukan bermakna ada yang tersirat..
tapi apa yang tersurat itulah yang akan kita nampak..


a simple carving may last forever...






mizz u my friend...
always...







sekian...Assalamualaikum

No comments: