Pages

Saturday, 17 March 2012

sebelum kita merancang untuk berkahwin...

zaman sekarang ni...
hampir semua orang,
tak kira sama ada tua atau muda,
malah yang dah berkahwin pun,
masih lagi memikirkan hal ni,


kahwin ataupun..
kahwin lagi...:)


tapi perlu kita ingat,
sebelum kita memetik bunga ditaman,
sebelum kita menyunting sesuatu yang selama ni kita dok ushar je,
pastikan kita ada 3 kunci untuk melayakkan kita...
menjadi menantu kesayangan dan juga merupakan salah satu aspek yang mampu memberi kita kebahagiaan..


kunci yang pertama...
kunci kereta,motor,lori dan sebagainya,
maksudnya kita kena ada kenderaan la..
tak kan la kita nak kawin nak ajak isteri kita naik bas kan?
paling kurang kita ada motor,
kene ada sesuatu yang kita boleh panggil aset,
walaupun makin lama harga dia makin jatuh dalam pasaran...:)


kunci yang kedua...
kunci rumah..
sama ada banglo,teres,tak pun rumah sewa pun jadilah...
bila kita dah selesai diijabkabulkan,
setelah sah untuk hidup berdua-duaan dalam satu bilik,
takkanlah kita nak duduk dekat rumah mertua kita atau rumah ibu bapa kita lagi,
tapi lainla lau ibu bapa kita ada banyak rumah,huhu
kita pun nak privasi gak kan,
lagipun dari segi adab tu,
takkanlah kita nak bermesra depan mak ayah kita,
macam segan lak rasenye,
tapi tak tahulah kalau ada yang rasa cam biasa je..:)


kunci yang ketiga...
kunci pejabat..tak pun meja pejabat pun ok je...
ini bermakna kita kena ada pekerjaan atau sumber pendapatan yang tetap dan mampu untuk menyara...
kehidupan si dia dan juga kehidupan kita pada masa-masa akan datang...
sebagai lelaki,menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga apa yang kita "dah ambil" dari orang tu dengan baik,
kalau rasa tak boleh jaga dengan baik,
jangan ambil dan juga jangan terima kalau tak mampu untuk memberi timbal balik yang sesuai..


biarlah keputusan yang kita buat tu,
dibuat dengan sesempurna mungkin,
kerana hidup kita hampir keseluruhan bergantung pada keputusan tu,
yang penting,
kita sayang dia,
dia sayang kita,
tapi zaman sekarang,
sayang je tak cukup,
mesti ada buktinya sekali,
dan apa yang kita perlu buktikan?

terpulanglah pada kita dan juga apa yang pasangan kita hendak kita buktikan....


sumber: kat tv3 ptg tadi...huhu







sekian...Assalamualaikum

3 comments:

Anonymous said...

Banyak juga kuncinya. Sebagai lelaki, tanggung+jawab memang perlu. Sesuai dengan hadis.

Fikir sehabis baik. :-)

All the best!

weirdo_stranger said...

huhu..iyye..
tapi..
yang penting hati kita...
kalau kita sungguh-sungguh..
dari takde kepada ada pun kita boleh buat...

kau pun same...:)

Anonymous said...

man jadda wa jada!