Lots of people want to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down.
susah untuk tukarkan ayat ni kedalam bahasa melayu,
ianya kelihatan seperti lebih sesuai dalam keadaan asalnya,
bila difikirkan semula...
ada betulnya,
andainya kita ada kepentingan pada seseorang,
atau kepada sesuatu kelompok,
mungkin kita akan sentiasa diingati,
diperlukan,
dan seandainya kita adalah satu-satunya yang sanggup melakukan sesuatu itu,
dan,
apabila kita tak diperlukan lagi,
kita tak mampu untuk memenuhi kehendaknya lagi,
adakah kehadiran kita masih lagi diperlukan?
apakah nilai seorang kawan?
apakah kepentingan seorang kawan?
kawan,sahabat...penting..
sama ada sebagai pengubat duka,tempat nak ngadu,borak-borak,cite-cite,
itulah kepentingan seorang kawan,sahabat..
andainya kita,
tanpa kita sedari telah menjadi seperti seorang yang lain,
mungkin ke kawan-kawan sekeliling kita akan menyedarkan kita?
selagi kepercayaan kita kukuh pada dia,
InsyaAllah,
selagi tu, tautan persahabatan tu,
semakin erat,
janganlah kita menganggap kawan kita itu sebagai tempat untuk kita menghilangkan rasa bosan saja,
bila hilang rasa bosan,
dah jumpa yang boleh mengisi masa kita,
dia, kita tinggalkan,
keseorangan...mungkin,
apakah perasaan kita jika kita diperlakukan begitu,
dan kita menyedarinya?
dan sampai bila kita mampu untuk terus tersenyum,
untuk menutup perasaan yang rasanya seperti mahu berkecai,
melihatkan seseorang yang kita rasa kita dah melakukan sesuatu dengan sepenuh hati,
tapi rupanya tak membawa erti,
bukan minta untuk dihargai,
cukuplah sekadar diingati,
hari ini banyak mengajar aku erti dan juga siapa yang kita boleh letakkan kepala kita dibahunya sekiranya ada masalah,
atau kita bercerita...
sekian...Assalamualaikum

No comments:
Post a Comment