Pages

Monday, 30 January 2012

Sematkan di hati dan fikiran kita...

sekiranya sahabat kita melakukan kesalahan pada kita, tulislah ia di awan agar ianya cepat hilang dan berlalu..
tapi seandainya sahabat kita melakukan kebaikan pada kita walaupun sekali sejak pertemuan kita dengannya,
maka pahatlah ia dibatu agar ianya kekal selamanya...





janganlah pernah kita tersebut,'aku tak akan maafkan dia sampai bila-bila'...
seandainya dia bukan sape-sape lagi pada kita,
dia adalah kawan kita,
friend forever right?
jadi kenapa kita tak mampu untuk memafkan kawan kita?
andainya dulu kita mampu terima dia segala baik buruknya,
kenape bukan sekarang?

seandainya seseorang itu pernah melukai kita, percayalah bahawa luka kita akan baik...
sama ada terubat sendiri ataupun diubati,
tapi tak mustahil jika ianya berdarah kembali,
tiada luka tak menyakitkan, tapi tak ada luka yang tak dapat diubati,


Tetapi...
sekiranya sahabat kita melakukan suatu kebaikan pada kita,
nak buat kita heppy,
nak tunjuk yang dia menghargai kita sebagai seseorang pada dia,
ingatlah saat itu,
hargailah masa-masa itu,
walaupun hanya sekali,
mungkin ianya untuk pertama dan terakhirnya buat kita dan dia,
semua orang percaya dengan peluang kedua,
tapi jangan terlalu mengharap pada peluang kedua,
kesannya lebih menyakitkan,

Tak salah jika kita menghargai seseorang,
sama ada atas sebab kebaikannya ataupun dirinya sendiri,
Tak salah..
cuma cara kita menghargai itu yang memainkan peranan penting,

buat baik berpada-pada..kata orang tua-tua..



selamat malam kat semua...
tenangkan fikiran..
rehatkan hati..
kita akan sentiasa senang...







sekian...Assalamualaikum

No comments: