malam ni hujan turun lagi kat bandar batu pahat ni,
sangat lebat,
sampaikan tempiasnya terasa kat muka,
dah lama tak hujan lebat macam ni,
dah lama rasanya tak melihat lopak-lopak air bertakung ditepi-tepi jalan,
jam menunjukkan pukul 1.35 pagi,
kenapa masih tidak mengantuk lagi ni?
kenapa terasa sepertinya malam masih muda?
melihatkan air hujan yang turun menghempaskan diri ke bumi,
seperti ingin pula untuk turut menyertai mereka,
menikmati sisa-sisa hidup yang masih berbaki beberapa tahun,
biarlah ianya dipenuhi dengan aktiviti dan juga kenangan yang indah-indah belaka,
kan seronok kalau dapat duduk diberanda rumah,
menikmati suasana hujan dengan orang yang kita sayang,
dengan orang yang bermakna pada kita,
tak kisahlah siapa pun dia,
cuma kualiti waktu yang dihabiskan bersama itu yang menjadi keutamaannya,
apakah aku sempat merasakannya?
atau sekadar angan-angan sahaja?
bila kita terfikirkan masa depan kita yang tak tahu bagaimana,
kadangkala kita menyesali pula akan masa silam kita,
bila kita terfikir pula akan masa silam kita,
kita akan takut pula untuk menghadapi esok hari,
adakah kita dapat melaluinya dengan berjaya seperti hari ini?
adakah itu menjadi sebab kepada penyakit takut tidur atau insomnia?
adakah aku masih punya kekuatan yang cukup untuk menghadapai cabaran yang akan datang?
adakah aku mampu menggalas semua tanggungjawab yang akan aku terima?
apakah akan hadir seseorang yang mampu membantuku nanti?
siapakah dia?bila dia akan datang?
aku sendiri tak mahu meletakkan harapan yang menggunung,
tapi hakikatnya kita manusia biasa,
usah disesal sangat apa yang telah berlalu,
jangan ditakuti apa yang mendatang,
Allah sentiasa ada bersama kita...
Ya Allah bantulah daku...
semakin aku kenal orang disekelilingku,
makin aku terasa,
berilah daku kekuatan,
semakin lama aku duduk,
semakin banyak beban yang mula terasa terpikul sampai tak mampu rasanya untuk ku berdiri semula,
bantulah daku untuk berdiri,
berjalan dibumi ciptaan-Mu ini,
berilah daku kekuatan untuk membantu orang lain,
kerana aku sangat sayangkan mereka...
sekian...Assalamualaikum
2 comments:
insyaAllah, bila tiba masanya akan hadir seseorang untuk menemani hidup kita. dia juga akan hadir sbg pembantu dan mendamaikan hidup kte.
amiin..
tq..bila dan siapa je menjadi persoalannya..huhu
Post a Comment