Pages

Monday, 17 October 2011

Ya Allah...masaku masih belum tiba....

selalu sahaja ianya datang menjenguk daku,
adakah daku sedang alpa,
ataupun daku masih lagi dalam kelekaan,
sibuk dengan urusan duniawi yang dirasakan tak pernah selesai,
kadangkala kita tidak sedar,
kita dah jauh dariNya,
kita bagaikan berada didunia yang kita sendiri cipta,
sehingga satu saat kita "dikejutkan"
oleh satu kejadian atau satu peristiwa,
masa itulah baru kita sedar dari kealpaan kita,
Ya Allah,
aku sudah jauh darimu,
Ya Allah,
aku sudah lama tidak mengabdikan diri kepadaMu,
janganlah sampai saat itu kita sudah terlalu lambat,
janganlah sampai kita menyesal dikemudian hari,
kerana mustahil jarum jam akan bergerak melawan arahnya yang sedia kala,

 dam kali ini,
ianya berlaku kepadaku,
satu perjalanan yang disangkakan akan membawa kegembiraan,
hampir menumpahkan air mata,
terasa ianya dekat denganku,
saat ianya berlaku,
aku hanya mampu menoleh kebelakang,
dan berharap bahawa tiada yang akan "menghabiskan" aku,
dan ketika tertolehnya daku,
aku mampu menarik nafas lega,
namun jika ada,
aku redha,
mungkin ianya kepulangan daku yang terakhir,
mungkin ianya kali terakhir daku memasak dirumah,
mungkin ianya kali terakhir daku bersalam dengan mak,
sangat takut untuk menghadapai kematian,
tapi ianya pasti,
takut untuk berpisah dengan orang yang tersayang,
tapi ianya tetap akan berlaku,
Alhamdulillah,
daku masih lagi bernyawa hingga kini,
masih mampu untuk berbakti dan juga membalas jasa,


bagilah daku peluang Ya Allah,



sekian...Assalamualaikum

No comments: