Pages

Sunday, 9 October 2011

pesanan buat....

sekiranya kau bersedih dan merasakan bahawa hidupmu kosong,
percayalah bahawa disana masih ada lagi seseorang yang akan mengisi ruang hidupmu,
yang sentiasa menghulurkan tangannya untuk membantumu,
yang akan cuba membuat hidupmu kembali ceria seperti dulu,

sekiranya kau merasakan bahawa dalam dunia ini,
dah tiada lagi yang kau boleh harapkan,
kau merasakan bahawa semua orang akan menyalahkanmu,
tetapkanlah dalam hatimu bahawa masih lagi ada,
masih lagi ada orang yang akan meletakkan tangannya dibahumu,
dan mengatakan bahawa dia sentiasa ada disisimu,

sekiranya kau ingin membuat sesuatu yang pada fikiranmu,
akan memudaratkan dirimu,
fikirlah tentang orang-orang yang masih lagi menyayangimu,
yang amat menyayangimu,
fikirlah tentang mereka,
kerana mereka akan merasakan kesan yang lebih besar darimu,

jagalah dirimu wahai teman,
jagalah apa yang kau patut jaga,
jagalah hubungan yang perlu kau jaga,
jagalah agamamu,
jagalah imanmu,
jagalah maruahmu,
jagalah segalanya yang berkaitan dengan dirimu,

letakkan tanganmu dihatimu,
dan katakanlah bahawa...
didunia ini masih lagi ada yang akan menerimaku seadanya,
dan didunia ini mmg ada seseorang yang sentiasa ada untukku,

aku yakin kau punya jawapannya,
aku tak mahu dikau bertanya kepadaku dan kau sendiri yang menjwabnya,
kerna jawapannya kau ada...=)

janganlah bersedih lagi...
adakalanya ianya sesuatu yang rugi...




sekian...Assalamualaikum

No comments: