Pages

Monday, 3 October 2011

pandanglah dengan...





biarlah wajahnya kulitnya tak seputih snow white,
janji hatinya lagi putih dari salji-salji yang turun pada disember setiap tahun,

biarlah bajunya renyuk berkedut seribu kerana melakukan pelbagai kerja,
tapi jangan bajunya berkedut kerana banyak berbaring di atas katil yang empuk lagi selesa,


wajah yang sentiasa manis dipandang,
nescaya tak pernah luput kemanisan tu sepanjang zaman,
kecantikan adalah satu bonus,
tapi hakikatnya ianya akan lapuk dek zaman,

seandainya daku diberi pilihan,
dan seandainya semua orang boleh membuat pilihan,
semua mahukan yag sempurna,
tapi percayalah,
ketidaksempurnaannya itulah kesempurnaan bagimu,

harta,wang,kemewahan dan juga kekayaan dunia,
semua tu kita mampu cari,
dan kayanya seseorang itu,
adalah abstrak,
setiap orang menilai kaya tu dari sudut yang berbeza,
kayakanlah hatimu dengan "kekayaan" yang sebenar,
dan pastinya hidupmu lebih bahagia daripada Qarun,

kepada sahabat-sahabatku,
ayuh,
ambillah pengajaran dari pengalaman orang,
ambillah inti dan juga pati dari setiap kisah yang berlaku didunia,
sama ada dahulu dan juga kini,
kerana kisahnya sama,
cuma waktunya sahaja yang berbeza,

semoga bahagia didunia dan juga akhirat,






sekian...Assalamualaikum

No comments: