manusia akan terus bercakap,
tapi sebenarnya,
kita dan juga yang berkenaan sahaja yang tahu...
"aku selalu tgk korang same-same, ada pape ke?"
apakah jawapan yang kita bisa bagi?
tak ada pape pun, kawan je...
"kawan ke camtu?"
haha,<speechless>...senyum pastu terus meninggalkan orang tu...
"hai,rancak borak! ke ngah berjiwang ni.."
haha..dunia penuh dengan sandiwara,
walaupun kita bukanlah pelakonnya,
andainya dia adalah kawan kita,
adakah itu bermakna kita selalu je mesej dengan dia?
andainya dia adalah sahabat kita,
perlukah kita canangkan pada dunia yang kita dan dia hanyalah sahabat?
bukan seperti yang mereka fikirkan?
andainya dia adalah seseorang yang kita senang bersamanya,
perlukah kita sorok, supaya orang lain tak salah sangka pada kita dan dia?
adakah jika kita berbual, jalan-jalan, gayut,
semua tu dah bermakna lain?
sekiranya kita rapat dengan dia,
adakah perlu untuk kita terangkan pada semua orang tentangnya?
dan sekiranya dia adalah seseorang pada kita,
simpanlah dalam hati,
jangan berjudi dengan perasaan lagi,
biarlah masa yang menentukan....
kepada semua,
kita tahu apa yang kita rasa...
sekian...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment