jika diletakkan dua buah kereta secara bersebelahan,
jarak yang memisahkan antara dua kereta itu...
kita panggil ia ruang antara kereta,
jika kita melihat susunan zarah dalam satu-satu elemen,
walaupun ianya tersusun rapi,
nyata tetap terdapat ruang antara zarah-zarah itu,
dan sekiranya kita duduk dalam satu majlis,
dengan rapat antara semua jemaah,
kita juga akan mendapati dan juga menyedari sendiri bahawa,
masih lagi ada ruang dibawah-bawah kita,
apa yang berlaku tadi,
adalah sesuatu yang hari-hari kita lalui,
cuma kita tak punya waktu untuk memikirkannya,
selalunya kita akan rasa gembira,
apabila ramai orang disekeliling kita,
orang yang kita kenal bermesra dengan kita,
kita akan rasa sangat hepi...
tapi pernahkan kita rasa satu saat,
ketika itu,
kita mahukan dunia kita sendiri,
dan kita akan berjalan-jalan mengelilingi dunia itu seorang diri,
tak nak berjumpa dengan siapa-siapa pun,
walaupun dengan orang yang kita sayang,
saat tu,
jika ada yang menegur,
rasa nak marah je kan?
tapi usah lah diikutkan kata hati,
dia mane tahu apa yang kita rasa sekarang ni,
senyumlah kerana ianya penawar segala duka,
cubalah cari waktu untuk diri kita,
dan cara paling mudah tapi susah untuk dilakukan ialah..
1/3 malam,
ceritalah semuanya kepada yang mencipta kita,
yang mampu memberi kita satu ruang yang kita sendiri tak tergambar keadaannya,
apa yang pasti,
kita semua memerlukan ruang kita sendiri,
sama ada banyak atau sedikit,
lama atau sekejap,
ianya abstrak dan kadangkala nilainya infiniti,
sangat-sangat memerlukannya..
sekian...Assalamualaikum

No comments:
Post a Comment