Pages

Monday, 19 September 2011

hari-hari yang berlalu...

bermula je pukul 12 tengah malam,
maka bermula la hari baru,
mengikut kata orang barat la,

masuk je waktu maghrib,
maka bermula lah hari baru,
mengikut kata alim ulama,

aku tetap camni,
melalui,mengharungi hari2 yang datang dan berlalu,
mengira detik yang terlepas dan juga mungkin aku yang sengaja melepaskannya,

cuba mengira kerugian yang aku telah alami,
megira juga kerugian yang aku akan alami,
dan juga mengira berapa total semua sekali,

tapi...

mampu ke aku melakukan semua tu?

ku masih lagi memikirkan jawapan tu....

nyata hidup ku terasa "hidupnya",
andainya dibuka segala hijab dan aku bisa melihat semua,
mungkin akan lebih "hidup" kurasakan,
mungkin,aku sendiri tak pasti,

ada orang seperti mahukan perhatian dari aku,
tapi aku tahu,
aku tak akan mengulanginya lagi,
cukuplah,
sebagai panduan kepada aku juga,

jangan cuba menatang agar-agar atas piring yang rata,
jika kau sendiri tak punya keyakinan dan kekuatan untuk menjaganya,
kerana nanti mungkin ianya akan jatuh kelantai,
terhempas dan bersepai,
atau,
jatuh menimpa bajumu,
dan meninggalkan kesan yang sukar untuk dihilangkan,
mungkin tak akan hilang,

terpaksa aku tegar,
walaupun kenyataanya aku tak lah sekuat mana,
tapi hidup mesti diteruskan...




sekian...Assalamualaikum

No comments: