Pages

Friday, 16 September 2011

bersederhanalah..

sederhanalah dalam setiap perkara yang kita lakukan,
bersederhanalh juga dalam setiap apa yang kita rasa,
sederhanalah juga dalam setiap keinginan kita,
cubalah untuk tidak merasa dengki dengan masa sekarang,

biarlah mereka dengan dunia mereka,
kita dunia kita,
warna kita,bukan warna mereka,
tak akan sama,nyata berbeza,

 kita selalu melihat apa yang ada diluar dunia kita,
menyedari bahawa kita mempunyai banyak kekurangan,
tapi pernahkah kita terfikir apa yang orang nampak pada kita?
benda yang sama dengan apa yang kita nmpk pada orang lain,

ikut nafsu, kita lesu,
ikut hati, kita akan mati,
ikut rasa, kita akan binasa,

jangan biar selain dari akal yang menguasai kita,
buruk jadinya nanti,
biarlah dalam keadaan apa sekalipun,
marah,sedih,tertekan,
cuba jangan ikutkan hati,
pengalaman akan banyak mengajar kita,

jangan tersilap buat kedua kalinya,
serik rasanya nanti,




sekian...Assalamualaikum

No comments: