malam raya, sebaik je diumumkan bahawa esok adalah hari raya,
maka bergemalah takbir raya,
bertakbirlah semua umat islam dimuka bumi ini,
menandakan bahawa hari kemenangan umat islam telah tiba,
hari kemenangan melawan hawa nafsu telah tiba,
tidakkah kita terfikir,
berjayakah kita?
berjayakah kita melawan hawa nafsu?
atau pun kita hanya mengambil "berjaya" dari satu sudut sahaja?
apakah kemenangan sebenar yang harus kita raikan?
apakah yang dinamakan kemenangan itu?
duduklah sebentar,
jika tak selesa dengan duduk,
maka baringlah, fikirlah,
berjayakah aku?
apa yang aku nak sambut?
melawan hawa nafsu?
makan cam orang baru jumpa nasi?
berjaya ke lawan hawa nafsu tu?
rasa nak makan macam2,pergi bazar beli macam2,
berjayakah itu?
duit semakin banyak dihabiskan,
sepatutnya puasa dapat menjimatkan duit,
tapi sebaliknya yang terjadi,
pelik tapi benar,
berjimatlah,
kata orang," jangan anggap duit tu cam misai, cukur tumbuh semula"
belum tentu jadi camtu,
simpanlah untuk bekalan di hari muka,
buat pertama kalinya,
sejak dari kecil lagi,
tahun yang pertama aku akan memulakan esok hari dengan...
menziarah kubur,
sesuatu yang sebelum ini ku lakukan bila waktu agak kendur,
namun kali ni berbeza,
benda itu yang aku kejarkan dulu,
sungguh,
mmg lain,
suaranya masih lagi terngiang-ngiang ditelinga,
seakan-akan menemaniku saat ini,
saat aku menulis entri ni,
masih lagi kurasakan kehangatan badannya,
dan masih jelas lagi ku rasakan kesejukan tubuhnya,
tatkala aku mengeluarkannya dari peti itu,
tak sanggup ku tatap wajahnya,
tapi hati kuat mengatakan,"tgklah buat kali terakhir"
ku gagahi jua,
walaupun dunia seakan mahu terbalik menghempap aku,
saat tu tak akan ku lupa,
no. peti, bilik mana,
segar lagi dalam ingatan,
esok pagi,
tak ada lagi suara yang menjerit nama aku,
mengajak solat sunat raya bersama di surau,
untungnya orang lain,
bestnya, masih punya waktu,
masih punya peluang, bersama-sama,
hmmmmmmmmmmmm....
camne pun, hidup tetap akan diteruskan,
yang dah pergi, relakannya pergi,
doakan yang terbaik buatnya,
selamat hari raya abah,
mungkin abah dah tak dengar lagi ucapan dari along,
mungkin along dah x dapat nak salam dengan abah lagi,
mungkin kita dah tak punya kesempatan nak borak2 lagi,
mungkin juga kita dah xde peluang nak makan sama-sama lagi,
tapi tak mengapalah,
abah pun tak suka tgk anak-anak sedih pagi hari raya,
kan?
along tak sedih pun,
along kuat, mane reti nak sedih-sedih nie,
cuma kadang-kadang je,
angin kuat, termasuk habuk lak mata ni,
pedih gak la,
:)
ok la, penat lak,
pening pun ada,
suma cukup,
sekian...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment