bulan puasa dah tiba,
bulan ramadhan dah datang,
maka terbelenngu lah syaitan2 semua di neraka,
maka tertutuplah pintu neraka,
serta dibukakan pintu syurga,
dihentikan segala azab seksa di kubur,
menjelma ramadhan kali ini,
membawa kelainan pada diriku,
membawa sesuatu rasa yang padaku,
sebelum ini aku tidak merasakannnya,
berfikir mengenainya pun tidak pernah,
andainya dulu,
bulan puasa saja,
mesti rasa meriah,
rasa hepi,
rasa tak penat pun puasa,
bila petang tiba,
nanti ada insan yang akan membawa pulang juadah berbuka puasa,
tak pun aku akan diajaknya pergi mencari juadah berbuka puasa,
bersama-sama,
dan soalan yang selalu ditunggu-tunggu,
'along nak makan pe rini?'
alangkah bahagianya,
bestnya ada orang yang ambil berat sal kita,
bestnya ada orang yang care sal kita tanpa mengharapkan balasan balik dari kita,
huhu,
kali ni,
hanya lara hati je,
tak mungkin akan berlaku,
along mintak maaf mak,
bukan tak nak balik rumah,
cuma takot nanti tak lalu nak makan,
tak ada selera nak makan,
tak ada kekuatan untuk berhadapan dengan suasana yang dirasakan amat lain,
kalau dulu,
walaupun tak duduk sama-sama,
tapi along masih lagi dapat merasakan kehadirannya,
tapi kali nie?
cuma tinggal rumah yang bertiang,
tapi tiada berbumbung,
maafkan along mak,
mmg along kuat,
tapi,
orang yang gagah angkat besi pun boleh menangis kalau terkena duri kasturi,
cam tu la along,
nanti along balik,
mungkin tengah-tengah minggu ke,
rabu ke,khamis ke,
nanti along balik,
semoga arwah abah selamat disana,
kalau boleh biarlah bulan puasa sepanjang tahun pun,
biarlah ringan seksa abah disana,
biarlah aman disana,
along kirimkan bekalan untuk abah ea,
selamat berpuasa abah,...
selamat berpuasa juga mak,
adik-adik,
semua orang,
kawan-kawan,
amni,
semua sekali,
sekian...Assalamualaikum

No comments:
Post a Comment