elaun baru masuk,
duit baru masuk,
hutang-hutang mula terbit dikepala,
mula berkira-kira untuk membayarnya,
semoga dengan selepas membayar segala hutang yang selama ni membelenggu,
akan ringanlah segala beban yang terasa berat di pundak ku ni,
semoga setiap minggu kepulanganku kerumah,
ada saje kerja yang menantiku,
untuk cover perbelanjaan untuk seminggu pun jadilah,
minggu depan boleh balik lagi,
boleh jimat duit elaun,
huhu...
betullah,
harta akan membuatkan kita terpaksa menjaganya,
tapi adanya ilmu,kita akan rasa terjaga dengan sendirinya,
semoga diriku akan dikurniakan ilmu yang akan menjagaku dunia dan akhirat,
semester ni,
tiada lagi nak mewah2,
sedarlah hai si penulis,
sedarlah tahapmu dimana,
bukannya sebagai pemandu kereta,
tapi kau hanya penunggang motor saja,
kalau panas,maka 'sunburn'lah muka kau,
jika hujan,maka demamlah jawabnya,
janganlah kau lupa,
wahai penunggang motor,
tanggungjawab banyak lagi,
kau sebagai ketua keluarga,
cuba kuatkan dirimu semester ni,
jimat duit,tak perlu keluar2 berjalan2 selalu,
untuk mkn,lepaskan tension boleh la,
lau rasa nak pergi melepaskan nafsu tu,
buang dia jauh2...jadi kuat ye wahai hati,
sedarlah jika semua orang disekelilingmu mula bercakap tentangmu,
sama ada baik atau buruk,
ambil perhatian,
kadang2 dalam baik itu ada pengajarannya,
dengarlah dengan teliti dan ambil isi pentingnya,
kita hidup dengan masyarakat,bukan nak idup dengan awek je kan?
fikir2kanlah wahai hati si penunggang motor,
sekian...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment