Pages

Sunday, 17 July 2011

hepi walaupun penat....

tiga hari menyepi,
tiga hari diam tanpa kata-kata,
tiga hari perjalanan yang penuh dengan makna,
setiap meter yang dilalui, ada makna dan tujuan yang tersendiri,
jauh perjalanan tu,
beratus kilometer,
berjam-jam baru sampai,

namun apabila sampai,
disambut dengan gembira oleh ibu bapa,
dengan adik lelaki yang mmg sedia menunggu kepulangan abangnya,
dengan kucing-kucing yang gemok-gemok,
suasana tu,
mmg best,
andainya kita masih mempunyainya...
itulah perjalanan dari batu pahat ke kuantan,
dengan tujuan pergi melawat ke rumah sahabat handai,


dua hari duduk dengan keluarganya,
berborak dengan seseorang yang dipanggil ayah,
menggamit kembali memori lama,
seakan wayang kulit yang dimainkan oleh diri sendiri,
sendiri merasai,sendiri yang melakonkan watak2,
sendiri yang menjadi tok dalangnya,

tapi,
semua tu,
hanya pentas lakonan sahaja,
hanya perasaan yang menipu diri,

seakan mimpi yang kita sendiri yakin semua tu hanya mimpi sahaja,
tak mungkin terjadi lagi,
yang sebenar hanya satu,
yang tiruan ada banyak,tapi bukan milik kita,

rupanya perjalanan yang jauh ni,
mengajar ku satu perkara,
jauh mana pun kita mencari sesuatu yang kita tak mungkin miliki,
pergilah jauh mana pun,
tetap tak akan jumpa,
cuma ada prototaip je,
bukan yang sebenar,

rupanya,
itu bukan milik kita,
hanya mimpi sahaja,
aku rela tidur sepanjang hari jika mimpi itu akan kekal.....






sekian...Assalamualaikum

No comments: