Pages

Friday, 22 July 2011

#,#.....:-/

kepada yang membaca,
bacalah,fahamilah apa yang cuba disampaikan,
andainya sukar untuk difahami,
ingatlah bait-bait kata ini,
mungkin tak sehebat sasterawan,
mungkin tak sepetah cendekiawan,
hanya meminta sedikit masa dari hidupmu,
untuk membaca coretan dari insan yang tak punyai apa,
hanya ada hati...


kepada dikau yang berada dimana-mana,
usahlah merasa dirimu menceroboh ,
kerana dikau telah diberikan kunci oleh tuan rumah tu,
janganlah dikau merasakan dikau sedang menconteng,
kerana apa yang diconteng,tak akan disukai,
tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,
bukan tidak disukai,
malah dibaca berkali-kali,

kepada yang mengerti,
kenapa mesti dilihat orang lain yang ada untuk diriku,
kenapa masih lagi engkau tidak mengerti bahawa dirimu tidak serupa dengan yang lain,
kenapa hanya sekelip mata dikau berubah?
adakah kerana si dia yang tidak menyukai?
jika begitulah,aku amat faham,


ye...
mmg aku tahu kau akan sentiasa ada,
tapi adakah yang sentiasa ada tu...
'engkau yang dulu'?

ku akui,
mmg akan ada yang 'menghulurkan' tangan jika ku terjatuh,
tapi bagaimana jika bukan tangan tu yang aku jangkakan?
bagaimana jika bantuan yang dihulurkan,
bukan seperti yang aku mahu?
kenapa?
adakah aku ni mudah rapat dengan yang lain?
kau rasa terpinggir?
nyata salah perkiraanmu,
hati ingin bercakap,
berborak panjang dengan mu,
tapi...


apa yang berlaku adalah sebaliknya,
aku akan bercakap tentang perkara lain jika berborak denganmu,
kenapa jadi begitu?aku tak tahu,


kenapa mesti aku senyum dari hati jika isinya tak pernah ceria?
macam mana nak hasilkan hati yang merah jika resipinya adalah debu-debu hitam?
mana mungkin datang satu senyuman yang asli jika asalnya bukan senyuman?
hidup ini bagaikan opera,dan kita adalah pelakon tanpa bayarannya,
apa yang kita buat,itulah ganjarannya,


tapi andainya jika satu watak dalam pentas lakonan kita itu,
terpaksa mengundurkan diri,
atau menjadi watak minor dalam arena kehidupan kita,
terpaksalah kita terima bahawa dia punya kehidupan,
dan pastinya dia punya pentas lakonannya juga,
pelakon pentas laksana ikan,
kita lepaskan untuk biarkan dia hidup,
dan jika benar dia adalah pelakon buat kita,
nescaya pasti kembali,

kepada sahabatku,
terasa jauh sudah kita,
apa yang menjarakkan,
puas ku berfikir,
hampa juga,
adakala termenung sehinggan ke larut pagi,
cuma angin sejuk yang menyapa pipi,
mugkin aku yang melebih,
aku harus sedar,aku harus tahu akan hakikat itu,
maafkan aku,maafkan aku,maafkan aku,maafkan aku,
hujan rahmat yang diharapkan,
tak ku sangka,tiba-tiba panas terik yang menimpa,
Maha Suci Allah,


aku masih lagi tak mengerti,
maafkan aku,
begitu bodoh menilai harga sebuah hubungan,
mudah alpa dengan kegembiraan yang fana,
sepatutnya aku harus bersederhana,
terima kasih sahabat,
kau banyak mengajarku erti hidup dari sudut yang tak pernah aku terfikir,
aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mempunyai sahabat sepertimu,
semoga akan kekal,
fren forever right?:)...



aku gembira,
kau dah menjadi seseorang yang kuat,
semoga kau tabah menghadapi cabaran masa akan datang,
aku tetap disini,
sedia membantu jika ada masalah,
percayalah,
sayang kau..sahabat....T_T



sekian...Assalamualaikum

No comments: