Pages

Monday, 27 June 2011

wahai pengikut kata hati...

wahai insan yang selalu alpa,
wahai manusia yang seringkali melakukan kesilapan,
wahai hamba Allah yang seringkali melupakan Allah tatkala senang,
wahai manusia yang sememangnya sering alpa,

tika dikau senang,hanya nama orang yang dikau sayang saja bermain diingatan,
tika dikau sedih,dan mula merasakan bahawa orang sekelilingmu meninggalkan mu,
saat itu mula dikau merasakan 'kehadiran' Allah dalam kehidupan,
kenapa baru sekarang?kenapa bukan dari dulu?
kenapa manusia sering begitu?
diriku pelik,kerana diriku juga kadang2 begitu,

kalau kita rasa kita sering ditinggalkan,
mengertilah dan belajarlah bahawa mungkin ada satu kualiti dalm diri kita,
yang pada orang lain,tidak berkualiti pun,
andainya dikau orang yang berfikiran,yang dikurniakan oleh Allah akal yang waras,
maka,berfikirlah..tidak rugi sikit pun,

peluang tu sentiasa ada,
cuma kita saja yang mencorakkan nya,
sama ada kita akan membuka peluang tu untuk kita sekali lagi atau tidak,
atau kita cuma tetap dengan pendirian kita,maka...
teruskan lah,

kepada pembaca yang setia,
kawan yang baik,
classmate yang comey,
makcik yang sentiasa matang,
diriku bersyukur dikurniakan orang2 yang sentiasa ada,
sentiasa boleh diharapkan tika sinar itu bagaikan kelam,
tika diriku hampir lemas dalam arus dunia yang melemaskan diri,
kau datang,menghulurkan sesuatu yang boleh diriku berpaut,


hanya ucapan terima kasih,
walaupun ucapan ni boleh diberikan oleh sesiapa je kepada kalian,
tapi jauh di sudut hati ni,
tetap nak ucapkan gak,
tak kire,terima kasih sebab.....




banyak sebab..huhu...



sekian....Assalamualaikum

No comments: