gantunglah impianmu setinggi bintang dilangit,
rendahkanlah hatimu serendah mutiara dilautan,
kat mane ye kita selalu nmpk kata-kata nie?
biarlah orang lihat kita cam tak ada ape-apa,
biarlah orang nk kata kita nie tak setaraf dengan mereka,
biarlah orang nak banding-bandingkan kita dengan mereka,
biarlah orang nak bercerita tentang percutian mereka yang best,
biar la orang bercerita tentang makanan mereka yang enak-enak,
biarlah..tu bahagian mereka,
andainya kita rasa yang kita tak setaraf dengan mereka,
undurlah setapak,jangan memalukan diri sendiri,
janganlah bergaul dengan merak andainya dirimu gagak hitam,
andainya percutian kita hanyalah bersama keluarga dibelakang rumah sahaja,
anggaplah itu lebih baik kerana tetap mampu untuk bersama dengan family kita,
andainya kita sedang makan nasi berlaukkan ikan goreng ketika mendapat mesej tentang mereka-mereka yang sedang makan makanan yang kita sendiri hanya mampu melihatnya,
jangan lah bersedih.usah alirkan airmatamu kerana tidak dapt merasa makanan itu,
sebaliknya,berusahalah.carilah sumber.carilah cara,untuk menghilangkan perasaan itu,
tak mengapa jika kita tak makan yang sedap2 sekalipun,
tetap sempurna hidup kita,
pokok pangkalnya pada hati kita,
orang tak tahu tentang hati kita.hanya Tuhan je yang tahu,
mengadulah padaNya,
Dia Maha Mendengar
kawan kita bercerita,"arini aku pegi mcd,sedap,ada mende baru,mmg sedap"
mmg kita tak akan mkn kalau tak de sebab tertentu,
tapi janganlah matikan mood dye nak bercerita,
kalau tak kepada kita,kat sapa lagi dye nak cite kan?
teguk air liur banyak-banyak...
nanti ilang la rase terliur tu...
duduk-duduk kat depan rumah,
pandang tapak tangan kita,
rasakan betapa lembutnya tapak tangan kita,
lepastu,
pergila ke masjid,
salam lah dengan tok siak masjid,
rasakan tangan dia,kasar kan?
kenapa tangan dia lagi kasar?
kenapa tangan kita lembut?
tika salam tangan ibu ayah,
bagi yang masih lagi ada,
peganglah tangan mereka,
sekiranya mereka bekerja kuat,
pandanglah mata mereka dan ucapkanlah,
terima kasih mak.
terima kasih ayah,
sebab kerja nak sara along,atau ape2 la kata ganti nama diri yang sesuai,
percayalah,
ibu dan ayah tak akan boleh nak berkata apa-apa,
betapa terharunya mereka,
betapa sebaknya dada mereka kerana gembira,
jika menitis air mata sekalipun,
itu biasa,
hargailah mereka tika masih ada,
jangan dah tiada,
baru rasa kehilangan,
menangislah camne sekalipun,
yang pergi tak akan kembali,
acapkali orang bercerita tentang kesenangan mereka kepda kita,
dan acap kali juga kita akan merasa kerdilnya kita,
mereka punyai segalanya,
sedangkan kita,baju yang dipakai pun sebahagiannya adalah ihsan orang,
rumah yang diduduki juga adalh atas belas ihsan orang,
sekiranya kita tak jumpa dengan dia,
nak duduk mane?
merempat lah kita,meminta-minta dikasihani,
oleh itu,bersyukurlah,usahlah menunjuk-nunjuk,
sekali Tuhan tarik,
terngangalah kita,
duduk..fikirlah...
jangan malas berfikir...
sekian...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment