kalau mencari teman,cairlah yang memahami kita,
kalau mencari kawan,carilah yang sentiasa ada bersama kita,
kalu mencari teman hidup carilah yang ada dua-dua,
kadangkala dia boleh menjadi sebagai teman dan juga kawan kita,
yang penting sekali dia adalah isteri/suami kita,
kalau mencari teman,biarlah yang sanggup bersusah dengan kita,
kalau mencari teman,janganlah jenis yang suka meminta benda yang dia sendiri tahu kita tak termampu,atau sengaja ingin menguji cinta kita padanya?
hidup kita bukanlah sentiasa indah,part2 hepi sume nak dengan kita,
bila time tak hepi,"terpulang pada awaklah"
tu buakan orang yang patut kita cari,
biarlah paras rupa tak lawa,janji manis dipandang,
yang manis tu tak akan pudar,tapi yang lawa tu,
reput ditelan masa,
jika dari awal dia kurang bertolak ansur dengan kita,
duduklah sebentar,fikirlah,
untuk mengenali seseorang itu,mudah je,
lihatlah diri dia secara semulajadi,sebelum kita bercerita pada dia tentang ciri-ciri wanita/lelaki idaman kita,
nescaya terlihatlah dirinya yang sebenar,
jangan mudah bercerita tentang idaman kita,
kerana ada orang sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan kita,
tapi apabila dah dapat,dia akan kembali pada sifat asalnya,
pada waktu itu,nasi sudah menjadi bubur,
kalau bubur ayam tak mengapa,tapi bubur yang amat2 tawar,
tanpa perisa,tanpa rasa.......menyesal tak sudah,
andainya dia sering mengajakmu untuk berjalan-jalan,bersuka ria,
cubalah sekali sekala,ajaklah dia makan di warung sahaja,
lihatlah matanya,pandanglah wajahnya,
adakah perubahan berlaku,lihatlah juga apa yang di'order' olehnya,
sekiranya dia pandai meletakkan dirinya sesuai dengan tempat dia berada,
mesti dia tak mudah kekok,tidak kelihatan janggal pun jika dilihat dari aksinya,
carilah suami atau isteri yang sayangkan keluarga kita,
yang sayangkan ibu bapa kita,adik2 kita,
kenapa?
sekiranya dia menyayangi mereka semua itu,
mesti dia akan sayang kita lebih dari tu,
janganlah cari yang hanya sayangkan kita,
nanti hati ibu bapa kita akan terluka,
carilah keredhaan ibu bapa,kebahagiaan ibu bapa,
kita akan bahagia juga.........
sabarlah wahai hati,
mungkin ini sebagai satu palajaran dalam hidupmu untuk belajar memilih teman hidup yang terbaik buatmu,
tanggungjawabmu besar,usah dilupa,
usah dilupakan adik2 yang masih lagi mengharap pada alongnya,
usah dilupa pada ibumu yang tak pernah penat menjagamu,
usah pedulikan dia andai dia membuatmu trpaksa memilih antara dua,
usah pedulikan dia...
sekian...Assalamualaikum

No comments:
Post a Comment