selalu je kan..
kita pergi ke masjid,
khamis malm jumaat,
baca yasin,ada tahlil,
ada doa selamat,untuk arwah si polan bin si polan,
masa terus berlalu,
dan kita seperti tak menyangka yang...
saat dan ketika yang kita sangkakan akan tiba lambat lagi,
rupanya tiba secara mengejut,
tanpa kita sempat untuk bersedia,
tanpa kite sempat untukmengerlipkan mata sekalipun,
datangnya tak boleh ditahan-tahan,
perginya pula,dengan cepat tanpa perlu dihalau,
mungkin selalunya kita pergi ke masjid,
kita sedekahkan bacaan tu untuk orang lain,
pernah ke kita bersedia untuk membacakan bacaan itu untuk orang yang satu masa dulu pernah hidup dengan kita?
yang dulunya rapat dengan kita?
ada yang mungkin telah lama bersedia,
ada yang masih lagi trauma,
segalanya masih lagi terkesan hingga kini,
rasanya sepertinya masih hidup sampai kini,
suaranya,kata-katanya,marahnya,tawanya,
segalanya kini,
hanyalah kenangan secara maya,
mampu dilihat tapi tak akan bisa disentuh secara fiziknya,
maafkan along,
along keje malam tadi,
bese pas maghrib along akan bacakan untuk abah,
tapi kerja lak,
along bacakann lambat sikitla,
boleh je kan,
bukan along saje2 nk baca lambat2,
bukan saje2 nk kirim lambat2,
cuma kekangan tu,along tak boleh nak elak,
selagi hayat ni ada,along akan sentiasa kirimkan kat abah disana,
rasa terkilan tak dapat lagi nak berbakti,
tak mengapalah,
masih lagi ada cara lain untuk along berbakti,
along tak letak nisan kat kubur abah,
along letakkan batu hidup sebagai tanda,
biarlah ia berzikir untuk abah,
bekalan abah disana,
dari anakmu....
sekian...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment